Monday, July 11, 2011

Kematian Itu Pasti Tetapi Waktunya Belum Pasti


Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Apa khabar hari ini?mungkin sahaja ada yang sihat, sakit. Dan mungkin juga ada yang sihat tubuh badannya tetapi dalamannya sakit, dan mungkin juga ada yang sakit tubuh badannya tetapi dalamnnya sihat, ada pula yang sakit dua-dua dan ada juga yang sihat dua-dua. Alhamdulillah ala kulli hal. Apapun Allah masih memberi peluang untuk kita memperbaiki segala keadaan yang mana boleh diperbaiki. Sebelum malaikat Izrail datang mencabut nyawa...


Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya (QS.50:19)

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya, kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.’” (TQS. Al-Jumu’ah : 08 )

“Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (QS. Al-Anbiyaa’: 34-35)

Bersiapkah kita untuk menghadapinya?.....
bercita-citalah untuk kematian yang paling mulia disisi Allah.

Dalam alQuran sendiri Allah telah mengingatkan kita sejak sekian lama melalui firmannya:

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”- Al Munaafiquun: 11


Perjalanan terasa jauh, tetapi belum tentu sampai ke penghujung. Tetapi apa yang dimahu walaupun tidak sampai ke hujung tetapi kita telah berbuat sesuatu. Ya!, telah berbuat sesuatu sebagai bekalan untuk ke sana...PERBAIKI DIRI, SERU UMMAT KE JALAN ALLAH...
----------------------------------------------------------------------------------------- ^^,

Mudah-mudahan kita masih diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan yang tidak sampai sebulan lagi.

Do’a keberkahan di bulan Rajab dan Sya'ban. Bila memasuki bulan Rajab, Nabi saw. mengucapkan, “Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana. “Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”

Abdullah bin Umar radhiallahu’anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah SAW lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah : “Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?” Jawab Rasulullah SAW : “Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.”

Kemudian lelaki itu bertanya lagi : “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?” Jawab Nabi SAW : “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk menghadapai mati.”

p/s- peringatan untuk diri dan semua...

Friday, July 1, 2011

Antara Keterbukaan Facebook Dengan Privasi Diri


SEANDAINYA insan yang hidup 100 tahun lalu diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk memiliki usia yang panjang hingga ke hari ini, pastinya lahir rasa takjub dan kagum dengan perubahan masa.

Jika seratus tahun lalu, manusia saling berhubung menerusi warkah, kini manusia hanya perlu berada di hadapan komputer riba. Jika seratus tahun dahulu manusia terpaksa menunggu berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk menunggu jawapan, kini mereka boleh memperolehinya dalam masa yang begitu singkat. Kemajuan teknologi yang manusia kecapi hari sangat memberangsangkan. Segala urusan menjadi semakin mudah dan ringkas. Sebarang berita dapat dikongsi dan disebarkan dengan cepat dan mudah, di bawah naungan laman sosial Facebook.

Namun, suatu lagi hakikat yang tidak dapat dinafikan, seiring dengan kemajuan teknologi, lembah kemaksiatan juga turut berkembang dengan pesatnya. Lebih memeranjatkan, teknologi yang yang diharapkan, rupanya menjadi ejen pembiakan maksiat. Adab dan budi pekerti yang menjadi kebanggaan semakin sirna dimakan kemajuan. Manusia menjadi semakin tidak terkawal. Maksiat terlalu berleluasa di alam maya. Jika seseorang lelaki itu berasa malu untuk menegur seorang gadis di alam realiti, di dunia Facebook lelaki tersebut dengan beraninya ‘mengorat’ dan bergaul dengan mana-mana perempuan. Lebih menyedihkan, ikhtilat yang tidak terkawal ini bukan setakat berlaku dalam kalangan mereka yang tidak memiliki kesedaran agama. Waima, orang yang membawa Kalamullah yang suci di dalam kepalanya turut sama bersekongkol! Daripada perkenalan, membawa kepada pertemuan. Tanpa sebarang pagar yang memagari pergaulan tersebut, tidak mustahil untuk mengatakan laman Facebook turut menyumbang ke arah peningkatan kes perzinaan.

Demikian juga, jika seseorang itu malu untuk menegur kesalahan sahabatnya di alam realiti, tetapi di alam Facebook, dia menjadi berani mengeluarkan kata-kata kasar dan menghina orang lain, tanpa menyedari bahawa setiap ucapannya menjadi perhitungan di hari kemudian. Jika seseorang itu sangat cukup memerhatikan setiap percakapannya di alam realiti, di alam Facebook pula segala rahsia yang berada di dada dibuka seluas-luasnya, tanpa menyedari bahawa ribuan pengguna mengetahui rahsianya, yang mungkin sesetengahnya tidak molek diceritakan di khalayak umum. Maka, tidak mustahil, pasangan mempelai yang baru melangsungkan pernikahan boleh bercerai-berai kehidupan rumahtangganya. Juga, kehidupan berkeluarga yang seharusnya berperanan menjadi ‘rumahku syurgaku’ bertukar menjadi ‘rumahku nerakaku’. Hubungan ukhuwwah antara muslim boleh digugah, manusia kian tidak lagi berasa malu untuk melakukan maksiat, sehingga ke suatu tahap maksiat diperlihatkan sebagai kebaikan, kebaikan diperlihatkan sebagai maksiat.

Semuanya kerana tiada kawalan dan panduan dalam penggunaan Facebook. Facebook seharusnya kembali kepada fungsi asalnya, yakni sebagai wadah untuk menghubungkan ukhuwwah dua insan yang kian lama terpisah sebelumnya. Para pengguna yang muslim dan mukmin boleh memperoleh faedah dan pahala daripada penggunaan Facebook jika mereka menjaga dan mengamalkan beberapa adab seperti:

1. Meletakkan status di profile Facebook sekadar yang perlu. Menulis status berbentuk peribadi ala-ala diari hanya membawa kepada fitnah, kerana tiada semua pembaca status faham sepertimana penulis status itu sendiri memahaminya. Seeloknya, status yang berbentuk tazkirah yang menginsafkan perlulah diperbanyakkan.

2. Meletakkan tag foto rakan-rakan pada gambar yang sesuai. Bagi yang enggan orang lain melihat foto-foto dirinya yang di-tag oleh rakannya, bolehlah meletakkan setting yang bersesuaian pada akaun Facebooknya. Ini untuk mengelakkan fitnah, khususnya kepada para wanita.

3. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan di dunia Facebook perlulah dipagari sama seperti di alam realiti. Sebarang komen dan chat yang melalaikan perlulah dihindari sejauh mungkin.

4. Meletakkan kata kunci yang kuat untuk akaun Facebook bagi mengelakkan akaun tersebut diserang spam.

5. Sebarang berita yang disebarkan di Facebook perlulah diselidiki kesahihannya, sepertimana firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat: 6) http://www.murabbi.net