Tuesday, November 29, 2011

AYOH BANGUN!!!!

 

sujud2

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t saudara seIslam…^^,

Kring!!!…Tit..Tit…Alarm yang kita set berbunyi ternyata sudah dapat membangunkan.Jam menunjukkan pukul 3pag dinihari Waktu Insan Beriman. Apa yang akan kita lakukan jika menemui saat demikian dikala nyaman dengan selimut, sejuk membukam diri..mata rasa mahu ditutup kembali…

Patutnya mengucap syukur Alhamdulillah..kemudian segera bangun, rapikan tempat tidur, dan mengambil wudhuk untuk solat Qiyamullail…

ATAU…………………………………………..

Mematikan alarm kemudian tidur lagi? sebab masih terlalu awal…tunda sekejap 10-15minit supaya segar nanti…padahal memang kalau ditunda itu, bangun selesai azan subuhlah nampaknya ye…atau begini keadaannya..Pergi bilik air, lepas tu naik semula ke atas katil untuk sambung mimpi tadi yang terputus…atau semakin dengan selimut hangatnya…..

YUP! Let’s Go! Lekas bangun! ya, segera bangun, walaupunmata masih sepet, dan kalau jalan pun terhutung hayang, namun hal itu lebih baik daripada kita menunda dengan alasan masih terlalu awal..

JIKA KITA TIDAK MULAI MEMAKSA DIRI UNTUK BANGUN, MAKA PELUANG UNTUK TIDAK BANGUN DI MALAM-MALAM BERIKUTNYA PUN AKAN SEMAKIN BESAR…..

Paksa diri..insyaAllah..BOLEH!!!

Saidina Umar AlKhattab pernah berkata, “Kalaulah bukan kerana 3 perkara ini, ternyata aku tidak ingin lagi hidup di dunia ini:
1) Puasa pada siang hari yang sangat panas
2) Solat malam pada malam yang sangat dingin
3) Bertemu dengan saudara-saudara seiman, mengambil kata-kata yang baik dari mereka sebagaimana petani memilih tanamannya yang baik."

Wednesday, October 19, 2011

Indahnya Akhlaq Seorang Mukmin

 

Assalamualaikum sahabat-sahabat..

ana ingin kongsikan lirik nasyed Rabbani yang bertajuk :”Adab dan Sopan”

subhanaAllah walaupun ringkas tetapi maknanya sangat mendalam..

muslim-cemerlang1

akhalq baik semua orang suka..hatta sampai kita telah tiada sekalipun manusia akan ingat kebaikan kita..

ingat satu kata-kata yang mengatakan “ kalau nak ambil teladan yang terbaik, ambil mereka yang sudah pergi kerana mereka sudah pasti kita tahu kebaikannya dan penghujung hidupnya..”^^,

niatkan didalam hati kalian semua, insyaAllah akan cuba untuk berubah menjadi manusia yang mulia akhlaqnya, susah untuk mencari seperti itu dizaman sekarang, tetapi tidak mustahil…bermula dari saat ini..diri anda, diri ana..buat baik pada semua orang,jangan memilih..sampaikan Islam pada mereka yang dahagakan.nasihatilah mereka yang perlukan nasihat.insyaAllah.sahabat2, ana juga..^^,

Ingatlah Pesan Junjungan
Amalkan Adab Dan Sopan
Pada Ibu Guru dan Kawan
Moga Hidup Tenang Dan Aman

Buat Baik Berpada Pada
Tabiat Buruk Dijauhkan
Akhlak Baik Semua Suka
Sampai Mati Dalam Ingatan

 Sabarlah Jika Dibenci
Jangan Berdendam Di Hati
Terhadapnya Kita Hormati
Moga Hidup Saling Diberkati

 Janganlah Berdusta
Dan Berkata Nista
Bersabar Sahaja
Jika Kita Dicerca

Janganlah Menghina
Menuduh Menfitnah
Serahkan Kepada Allah
Jika Kita Ditohmah

- - - - - - - - -- - - - - - - - - -  -- -  -- - - - - - - mula sekarang…

Sunday, October 16, 2011

Rindu Mak…^^,


kubur mak
Petang itu, ana keluar dari kampus menuju ke suatu tempat. Tempat program ana di luar kampus. seperti biasa, naik kenderaan awam.^^,

Alhamdulillah setelah menunggu lebih kurang 15 minit bas yang destinasinya ke LRT terdekat menjadi sasaran ana pun datang. Alhamdulillah hidup di kampus banyak mengajar ana berdikari. Apa-apa semua perlu tahu sendiri. Jangan jadi orang yang terbelakang dalam mengetahui apa-apa hal…

Kalau dulu tiap-tiap kali nak keluar kampus mesti minta kebenaran mak..tetapi lama-lama Alhamdulillah mak dah bagi kepercayaan kepada anaknya..tiap-tiap minggu mesti kena ‘call’ mak, kalau tak ‘call’ hanya Allah sahaja yang tahu perasaan mak sangat risaukan anaknya, ana anak perempuan pertama yang belajar jauh-jauh berbanding 6 adik-beradik perempuan yang lain. Sayang mak.

Ingat mula-mula dapat tawaran masuk ‘u’ yang diidam, sangat-sangat gembira. Dan orang yang paling gembira adalah makayah, Nampak jelas sinar gembira diwajah mereka. Tambahan anak pertama daripada keluarga yang dapat masuk ‘u’. Kakak-kakak dan abang-abang tak sempat untuk melanjutkan pengajian hingga ke peringkat tinggi disebabkan masalah kewangan. Tetapi itu dulu,sekarang ekonomi semakin stabil sikit. Alhamdulillah.

Hari 1st nak pergi ‘u’ sangat sebak, mana taknya, tinggal dirumah sangat lama. Terbayang makayah yang akan ditinggalkan. Alahai sakinah, pergi belajar ni kan satu jihad juga, kenapa perlu sedih..?Betul juga ya..kenapa pula perlu sedih. Tetapi biasalah tu, kali pertama berpisah dengan makayah jauh-jauh. Bukan anak manja, Cuma terbayangkan kesusahan makayah sewaktu ketiadaan ana.huhu~. Makayah teman hantarkan ana ke ‘u’.

Selepas pulang, mak jatuh sakit. Ya Allah…ujian untuk hamba-Mu. Mak terbaring ditempat tidur.badan mak semakin kurus.Waktu itu ana juga baru join halaqah. Ana kongsikan dengan kakak naqibah ana. Katanya “ ini ujian Allah untuk hamba-Nya, perlu lihat orang yang lebih susah lagi”, kebetulan waktu itu. Ibu pada sahabat kakak naqibah ana baru meninggal. Alhamdulillah sedikit terubat walau airmata tidak mampu untuk ana hentikan. Ana tak kuat orangnya, mudah menangis. Waktu sekolah menengah dulu, kena tegur dengan ustaz sikit dah menangis, orang lain cakap suara tinggi sikit sekejap saja, banjir melimpah di kelopak mata. Aduhai sensitifnya hatiku tak bertempat..(- , -‘)
Alhamdulillah selepas sebulan lebih, mak kembali pulih. Gembira sangat hati ana. ..

Pernah suatu ketika, masa tahun1 kalau tak silap. Pernah terlintas didalam hati kecil, bagaiman jika mak ‘pergi’ waktu ana masih belajar? Ana tak dapat nak bayangkan waktu itu..sedihnya..tak nak berpisah dengan mak. Rasa belum terbalas budimu mak…ana tak nak, ana tak nak...
Tetapi Allah Maha Mengetahui, Dialah Pemilik Nyawa setiap makhluq dimuka bumi ini. Siapalah kita untuk menidakkan.

Semasa tahun ke-2 di ‘u’, mak ana jatuh sakit sekali lagi. Ujian kali kedua untukku..umur ana dalam tarbiyah waktu semakin matang. insyaAllah..ana ingat sakit seperti biasa sebelum ni, mak asyik demam, tak selera makan. Bertambah semakin kurus. Selama sebukan mak ana sakit. .

Selepas kelas hari itu, ana pergi lab, online. Kebetulan abang ana yang belajar di Syria tengah online. Dia ‘chat’ dengan ana. Pertama soalannya, balik tak? Mak tenat..terus badanku merasakan sesuatu, alhamdulillah ana control perasaan ana. Ana berbincang dengan kakak naqibah ana. Rupanya maknya juga baru jatuh sakit. Jadi….kami berdua pulang ke kampong masing-masing.
Ana sampai dirumah petang dalam sebelum Asar. Ana masih tersenyum sebelum melangkah kedalam rumah. Eh, ramainya orang dalam rumah…dada berdebar. Mak!!!...

Mak dah tak kenal kami waktu itu, mak hanya kenal ayah sahaja. Ana melihat abang ana disebelah mak menangis teresak-esak sambil meminta ampun dengan atas segala dosa. Ana terkedu seketika….Adik ana yang waktu itu ada yang masih sekolah menengah, matrik dan kolej. Yang dari kolej dalam perjalanan pulang. Yang dari matrik tidak ada tiket untuk balik hari tersebut. Dan seorang lagi (adik)di sekolah menengah kaka kana tolong ambilkan. Mak sebut “ mana adik,mana adik?”

Apabila adik pulang, terus dia mendekati mak. Dialah anak yang paling manja,maklumlah anak bongsu. Mata adik merah. Ana berada dipangkuan mak sejak pulang, mulut tidak henti membaca syahadah dan membaca surah Yasin.. Hanya berpisah untuk solat sahaja…abang ana di Syria yang telah belajar disana 5tahun dapat tiket penerbangan yang paling awal esok malam…

Ana tak tahan melihat wajah mak yang dalam sakaratulmaut.. . Mak, apapun kami tetap akan berdoa untuk mak, ampunkan dosa-dosa kami mak, sangat banyak kesalahan yang kami lakukan terhadap mak, rasa seperti sedikit menyesal tidak dapat berbakti kepada mak, kami selalu menyakiti hati mak, ampunkan dosa-dosa kami mak…Kalaulah mak dapat memahamai waktu itu..tetapi mak sudah tidak mengenali anaknya saat itu..

Tepat jam 3.20 petang, mak ana menghembuskan nafas yang terakhir. Ya Allah…ana cuba kuatkan hati. Nampak merah mata kakak dan abang ana. Tetapi ada satu susuk tubuh yang sangat cekal dan sepanjang seumur hidup ana, ana tidak pernah melihat dia menitiskan airmata. Ayah…sangat cekal hatinya, isteri yang hidup selam 30 tahun lebih bersamanya baru pergi sebentar tadi…

Adik ana dari matrik tidak sempat melihat mak, pulang hanya melihat jenazah mak. Terkulai adik ditepi ana. “ Semua orang perlu mati, Cuma mak perlu dulu..yang penting sekarang kita berdoa untuk mak banyak-banyak” itulah kata-kata ana sebagai penguat diri dan adik-adik sambil duduk ditepi jenazah mak..
Waktu saat yang sangat sedih, kami perlu tabah hati. Orang beriman tidak mudah lemah!ya betul. Alhamdulillah, sejak ana masuk tarbiyah,jiwa ana lebih tahan sedikit. Kami bahagikan membaca Al-Quran seorang duajuz. Alhamdulillah ana tabahkan hati, ana cuba untuk menangkap gambar mak sejak mak sakit, sehingga mak meningal, dikafan, sehingga dimasukkan ke dalam keranda. Mak ana dikebumikan diwaktu malam…kami hanya melihat jenazah mak dibawa pergi…” Mak, moga kita bertemu di syurga, ya Allah tempatkan mak ditempat orang –orang yang beriman”Al-Fatihah.~

Keesokkan malam, ramai orang kampung mengunjungi rumah ana, rasa sangat bermasyarakat. “Assalamualaikum”..abang ana dari Syria dah pun sampai. Abang masuk ke dalam rumah. Tahu apa yang terjadi??? Ayah ana yang selama ini tidak pernah ana lihat tumpahkan airmata, walaupun mak meninggal ayah masih seorang yang tahan, tetapi tidak tertahan melihat anaknya yang sudah lima tahun tidak bertemu dengan harapan berjumpa dengan mak tetapi tidak kesampaian. Ayah menangis, kali pertama dalam sejarah hidup ana melihat ayah menangis. Kami sekeluarga menangis kerana melihat ayah menangis. .:’(

Selepas beberapa hari di kampong, ana bertolak ke kampus semula. Dan selepas empat hari, ana pula jatuh sakit. Demam selama seminggu lebih. Dan berada di hospital selama seminggu lebih. Doctor tidak dapat mengesan penyakitku pada permulaan…disangkanya denggi, sekejap H1N1,..akhirnya dapat tahu paru-paru ana dijangkiti kuman..alhamdulillah .hanya sekejap sahaja ana kembali pulih. Sahabat-sahabat tarbiyah ana yang banyak mendorong, menjaga ana ketika sakit, tidur bersama ana di hospital walapun hanya berbantal beg dan tidur di atas kerusi. Merekalah sahabat dunia akhirat ana. Ana sayang mereka…Terima kasih sahabat-sahabat ana yang menemani ana ketika ana amat memerlukan…^^,

Setahun setengah berlalu kenangan-kenangan itu…berbalik kepada ana menaiki bas menuju ke tempat program. Turun bas ambiil LRT. Dada ana kembali mengimbas kenangan-kenangan mak ana apabila terlihat seorang makcik duduk dihadapan ana. Mukanya….macam mak..teringin nak bersalam dengan makcik itu. Airmata bercucuran, kenapa ni..janganlah begini..tahan-tahan, jangan sedih. Tapi airmata nak keluar juga. Degil dia..apa boleh buat. Mata ana semakin merah….cepat-cepatlah sampai ke destinasi supaya hatiku tidak dilanda kesedihan..rindu mak…

Sesungguhnya tiap-tiap yang hidup pasti akan mati! Tetapi belum tahu ajalnya melainkan semuanya di tangan Allah tertulis…doa anak yang soleh itu sebagai bekalan.

Berbaktilah terhadap ibuayah selama mereka masih hidup, jangan buat perkara-perkara yang boleh menyakiti hati mereka, jagalah perlakuan selaku anak yang soleh. Jagalah perasaan mereka, ibuayah walaupun terasa hati dengan anak-anak, mereka cuba untuk elakkan daripada anaknya tahu. Jadi, tanggungjawab kita menjaga setiap tuturkata dan perlakuan sebagai anak..

Hati ana sekarang semakin tahan Alhamdulillah, maksudnya kurang sensitive tidak bertempat. Ana cuba untuk tidak sedih jika dimarahi. Mereka yang dikeliling ana diutuskan untuk ana berubah menjadi mukmin sejati, yang sentiasa kuat mental. Tidak mudah lemah…banyak pula cerita tentang ana dalam entri kali ni..

Jom lepas ni fikir masalah umat pula..macam mana nak selesaikan..baru jiwa tidak sedih dengan masalah-masalah sendiri..^^,

Thursday, October 13, 2011

Hakikat Kejayaan Sebagai Muslim

 

Ramai yang menyangka “berjaya” itu apabila berjaya dalam hidupnya

berjaya bagaimanakah yang dimaksudkan?

gemilang dalam kerjaya?

punya harta banyak?

punya anak ramai?

dapat masuk universiti?

dapat pangkat besar?

dapat yang terbaik dalam ‘exam’?

tetapi……………………………………………………………………………………………………………………….

bagaimana untuk kejayaan akhirat?

adakah hidupnya tenang dan tenteram?

pernahkah dia terfikir bagaimana kehidupannya di akhirat kelak?

penyesalan akan terjadi saat itu…

belum terlambat untuk kembali…

carilah cinta Allah..

akan engkau menemui

kejayaan yang sebenar…

dimata Allah…

barangsiapa mahu dunia, maka hendaklah juga dengan ilmu

barangsiapa mahu akhirat, maka hendaklah juga dengan ilmu

maka barangsiapa yang mahu keduanya, maka hendaklah juga dengan ilmu…

sama-sama kita muhasabah diri kita

adakah tergolong mereka yang “Berjaya”?……?

Saturday, October 1, 2011

~ Interaksi dengan Al-Quran ~


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah. Sudah lama jari ini tidak melantun di atas papan keyboard untuk menyampaikan sesuatu dalam blog.alhamdulillah. kali ini berkesempatan. ~
Bagaimana bacaan Al-Quran kita hari ini? Menusuk kalbu ngak? Bagaimana pengaruh Al-Quran kepada kita, dan bagaimana ia mampu mengubah jiwa serta menyinari dan membimbing ke jalan yang lurus.  Dan ingatlah bahawa dengan membaca Al-Quran itu akan menambahkan keimanan kita kepada Allah.
 ~ INDAHNYA MEMAHAMI AL-QURAN ~

 Ketika hidup dirasakan serba salah,
Ketika hati tidak merasa tenteram,
Ketika pilihan tidak menemu solusi,
Ketika hati hiba,

Bacalah Al-Quran, menangislah tatkala membacanya, insafilah tatkala membaca maknanya. Tatkala itu kita akan menemukan jawapan dengan membacanya sepenuh hati.. ~
 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allahgementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” Al-Anfal:2

Andai orang yang membaca Al-Quran menghargai Allah dengan sebenar-benar, dan takut sebenar-benar takut kepada-Nya, tentu akan terpengaruh dengan Al-Quran dan gementarlah kulitnya saat membacanya atau mendengarkan Al-Quran.

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang ,gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpin pun.”Az-Zumar : 23

“Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” Al-Hasyr : 21

Andai kita perbaiki hubungan dengan satu ayat sahaja dari Kitabullah tentu pengaruhnya akan mengalir dan ,menggerakkan perasaan serta menyinari hati seperti arus elektrik ketika dinyalakan dan memunculkan kekuatan yang luar biasa. Namun apabila dibiarkan, maka tidak ada aliran dan tidak ada pengaruh yang timbul.Kita punya misi di dunia ini,

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” Adz-Dzariyat : 56

Kita berlindung dengan Allah saat mendapat ujian, kita bersyukur kepada-Nya atas nikmat-nikmat yang diberikan dan atas segalanya. Allah memperingatkan kita supaya tidak putus asa dengan rahmat Allah. Kita memerlukan ketenangan, ketenteraman dan optimis dengan Allah.

“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Az-Zumar:53

Sebaik-baik penolong dan sebaik-baik bekal kita dalam perjalanan di dunia ini adalah Al-Quran. Didalamnya rahsia kekuatan yang perlu untuk digali.Sama-sama kita muhasabah ~.




Video ini untuk last Ramadhan.tetapi banyak pengajaran yang kita boleh ambil...

Monday, July 11, 2011

Kematian Itu Pasti Tetapi Waktunya Belum Pasti


Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Apa khabar hari ini?mungkin sahaja ada yang sihat, sakit. Dan mungkin juga ada yang sihat tubuh badannya tetapi dalamannya sakit, dan mungkin juga ada yang sakit tubuh badannya tetapi dalamnnya sihat, ada pula yang sakit dua-dua dan ada juga yang sihat dua-dua. Alhamdulillah ala kulli hal. Apapun Allah masih memberi peluang untuk kita memperbaiki segala keadaan yang mana boleh diperbaiki. Sebelum malaikat Izrail datang mencabut nyawa...


Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya (QS.50:19)

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya, kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.’” (TQS. Al-Jumu’ah : 08 )

“Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (QS. Al-Anbiyaa’: 34-35)

Bersiapkah kita untuk menghadapinya?.....
bercita-citalah untuk kematian yang paling mulia disisi Allah.

Dalam alQuran sendiri Allah telah mengingatkan kita sejak sekian lama melalui firmannya:

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”- Al Munaafiquun: 11


Perjalanan terasa jauh, tetapi belum tentu sampai ke penghujung. Tetapi apa yang dimahu walaupun tidak sampai ke hujung tetapi kita telah berbuat sesuatu. Ya!, telah berbuat sesuatu sebagai bekalan untuk ke sana...PERBAIKI DIRI, SERU UMMAT KE JALAN ALLAH...
----------------------------------------------------------------------------------------- ^^,

Mudah-mudahan kita masih diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan yang tidak sampai sebulan lagi.

Do’a keberkahan di bulan Rajab dan Sya'ban. Bila memasuki bulan Rajab, Nabi saw. mengucapkan, “Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana. “Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”

Abdullah bin Umar radhiallahu’anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah SAW lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah : “Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?” Jawab Rasulullah SAW : “Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.”

Kemudian lelaki itu bertanya lagi : “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?” Jawab Nabi SAW : “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk menghadapai mati.”

p/s- peringatan untuk diri dan semua...

Friday, July 1, 2011

Antara Keterbukaan Facebook Dengan Privasi Diri


SEANDAINYA insan yang hidup 100 tahun lalu diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk memiliki usia yang panjang hingga ke hari ini, pastinya lahir rasa takjub dan kagum dengan perubahan masa.

Jika seratus tahun lalu, manusia saling berhubung menerusi warkah, kini manusia hanya perlu berada di hadapan komputer riba. Jika seratus tahun dahulu manusia terpaksa menunggu berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk menunggu jawapan, kini mereka boleh memperolehinya dalam masa yang begitu singkat. Kemajuan teknologi yang manusia kecapi hari sangat memberangsangkan. Segala urusan menjadi semakin mudah dan ringkas. Sebarang berita dapat dikongsi dan disebarkan dengan cepat dan mudah, di bawah naungan laman sosial Facebook.

Namun, suatu lagi hakikat yang tidak dapat dinafikan, seiring dengan kemajuan teknologi, lembah kemaksiatan juga turut berkembang dengan pesatnya. Lebih memeranjatkan, teknologi yang yang diharapkan, rupanya menjadi ejen pembiakan maksiat. Adab dan budi pekerti yang menjadi kebanggaan semakin sirna dimakan kemajuan. Manusia menjadi semakin tidak terkawal. Maksiat terlalu berleluasa di alam maya. Jika seseorang lelaki itu berasa malu untuk menegur seorang gadis di alam realiti, di dunia Facebook lelaki tersebut dengan beraninya ‘mengorat’ dan bergaul dengan mana-mana perempuan. Lebih menyedihkan, ikhtilat yang tidak terkawal ini bukan setakat berlaku dalam kalangan mereka yang tidak memiliki kesedaran agama. Waima, orang yang membawa Kalamullah yang suci di dalam kepalanya turut sama bersekongkol! Daripada perkenalan, membawa kepada pertemuan. Tanpa sebarang pagar yang memagari pergaulan tersebut, tidak mustahil untuk mengatakan laman Facebook turut menyumbang ke arah peningkatan kes perzinaan.

Demikian juga, jika seseorang itu malu untuk menegur kesalahan sahabatnya di alam realiti, tetapi di alam Facebook, dia menjadi berani mengeluarkan kata-kata kasar dan menghina orang lain, tanpa menyedari bahawa setiap ucapannya menjadi perhitungan di hari kemudian. Jika seseorang itu sangat cukup memerhatikan setiap percakapannya di alam realiti, di alam Facebook pula segala rahsia yang berada di dada dibuka seluas-luasnya, tanpa menyedari bahawa ribuan pengguna mengetahui rahsianya, yang mungkin sesetengahnya tidak molek diceritakan di khalayak umum. Maka, tidak mustahil, pasangan mempelai yang baru melangsungkan pernikahan boleh bercerai-berai kehidupan rumahtangganya. Juga, kehidupan berkeluarga yang seharusnya berperanan menjadi ‘rumahku syurgaku’ bertukar menjadi ‘rumahku nerakaku’. Hubungan ukhuwwah antara muslim boleh digugah, manusia kian tidak lagi berasa malu untuk melakukan maksiat, sehingga ke suatu tahap maksiat diperlihatkan sebagai kebaikan, kebaikan diperlihatkan sebagai maksiat.

Semuanya kerana tiada kawalan dan panduan dalam penggunaan Facebook. Facebook seharusnya kembali kepada fungsi asalnya, yakni sebagai wadah untuk menghubungkan ukhuwwah dua insan yang kian lama terpisah sebelumnya. Para pengguna yang muslim dan mukmin boleh memperoleh faedah dan pahala daripada penggunaan Facebook jika mereka menjaga dan mengamalkan beberapa adab seperti:

1. Meletakkan status di profile Facebook sekadar yang perlu. Menulis status berbentuk peribadi ala-ala diari hanya membawa kepada fitnah, kerana tiada semua pembaca status faham sepertimana penulis status itu sendiri memahaminya. Seeloknya, status yang berbentuk tazkirah yang menginsafkan perlulah diperbanyakkan.

2. Meletakkan tag foto rakan-rakan pada gambar yang sesuai. Bagi yang enggan orang lain melihat foto-foto dirinya yang di-tag oleh rakannya, bolehlah meletakkan setting yang bersesuaian pada akaun Facebooknya. Ini untuk mengelakkan fitnah, khususnya kepada para wanita.

3. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan di dunia Facebook perlulah dipagari sama seperti di alam realiti. Sebarang komen dan chat yang melalaikan perlulah dihindari sejauh mungkin.

4. Meletakkan kata kunci yang kuat untuk akaun Facebook bagi mengelakkan akaun tersebut diserang spam.

5. Sebarang berita yang disebarkan di Facebook perlulah diselidiki kesahihannya, sepertimana firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat: 6) http://www.murabbi.net

Monday, June 27, 2011

Oh Hassan!....

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.


“Pakcik yang membunuhnya, ” kata seorang tua yang berada di situ. “Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati.”

Hassan yang dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidurnya, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher orang tua itu dari badan.

Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan.

Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya. ”

Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas. Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.”


Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.terlewat Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.


Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”


Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.

Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, ” Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat.”


Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat.”


Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata, “Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.”


Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu.

  • Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian.
  • Kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh.
  • Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya.
  • Tuan hakim yang tegas dan adil.
  • Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka.

Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.


Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai...

Thursday, June 23, 2011

Allah Pengampun Segala Dosa...^__^


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]

Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan “

(Riwayat Tirmidzi dan dia berkata: haditsnya hasan shahih).

ya Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun...ampunilah dosa-dosa kami, kami telah banyak lalai daripada mengingatimu...Jangan Kau lalaikan hati kami daripada mengingati-Mu ya Allah...

Maha Pengampun Allah :-

1.

“Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu)

2. Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau.

3. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan “

muhasabah diri...

Tuesday, June 14, 2011

Gereja Kristian Terbesar Di ASIA - Di Bukit Jalil


Assalamualaikum sahabat-sahabat...ingin dikongsikan berita yang ana dapat daripada blog seseorang,
hanya membaca tajuknya saja kita sudah beristighfar...Astaghfirullah...ya Allah selamatkanlah umat ini dairipada fitnah2 Dajjal..
apakah ini negara Islam??makin berjaya rancangan (new world order) mereka...adakah iman kita bersedia menghadapi mereka? hari demi hari mereka masuk menyelinap segala aspek, sehingga mereka akan cuba menapaki dengan teguh dinegara yang penduduknya Islam..untuk memesongkan orang Islam daripada agamanya...

apabila siap dibina, maka banyaklah aktiviti yang akan dijalankan disini sesuai dengan tempatnya...
antaranya konvensyen antarabangsa, serantau dan nasional,Jamuan, seminar, muzikal dan kreatif seni pengeluaran, serta penyediaan pendidikan dan latihan vokasional, dan pembangunan spiritual yang bertujuan untukmembangunkan muda bangsa kita, dan orang-orang dari segala usia dan dari semualapisan masyarakat menjadi warga negara yang berguna dan teladan dari Malaysia. Betapa dahsyatnya fitnah mereka ini...

Bila siap nanti,gereja ini akan jadi 6 lantai multiplex (ana tidak pasti macam mana), ada sebuah auditorium dengan 5,000 kerusi juga yang kononnya untuk meningkatkan konvensyen dan keperluan pendidikan..Lihatlah perancangan mereka dalam mengatur strategi menghancurkan umat ISLAM...




LOKASI


ya, memang kita akan rasa geram, nak marah dan sebagainya selepas melihat gambar2 diatas...tetapi jangan hanya marah jika kita sendiri belum mengamalkan Islam dengan sebetulnya..tidak solat, puasa tidak, buka aurat, dan berbagai maksiat yang kita lakukan, akhlaq islam rosak, buang anak, dan kebanyakan melibatkan orang Islam sendiri...seolah2 kita sendiri menyediakan diri untuk menyambut dajjal...dimanakah Islam dalam dirimu umat Muhmmad..tersangat sedih Nabi jika melihat keadaan umatnya sekarang...ya Allah ampunilah kami...
Marilah sahabat-sahabat kita kembali kepada agama fitrah.ISLAM..kehidupan didunia hanya sementara, hanya tempat singgah sebentar...harus meneruskan perjalanan kesana..hanya ada dua pilihan..SYURGA atau NERAKA..tidak ada ditengah...

Pada Mu ya Allah, kami mohon moga petunjuk dan hidayah MU. Bimbinglah kami ke jalan yg Engkau Redhai. Tetapkan hati kami dan jgn Kau bolak balikkan hti kami setelah Engkau memberi petunjuk kpd kami. Amin ya Rabbal Alamin.....

Warkah BuatKu...



warkah daripada seorang sahabat...

Seiring waktu berjalan,
tangis tawa di wajahku,
hitam putih di hidupku
Engkau lah saksiku.
Tiada satu tersembunyi,
tiada satu tak terlihat,
segala apa yang terjadi,
Engkau lah saksiku.
Seperti semilir angin mengelus lembut pipiku,
di saat air mata menitis laju disuatu sudut masjid,
aku bersandar sambil memeluk lututku,
membenam kepala dipelukan sendiri.
Saat itu hadir dirimu,
memegang bahuku,
memujuk hatiku,dukaku, putus asaku,
Aku...tenang kembali.
Memeluk tubuhmu penuh erat,
itulah rasa hatiku,
ingin memelukmu sepenuh hati,
dengan tubuh kecilmu,
ku harap kau rasai.
Kau teguri aku seperti seorang kakak,
Di saat yang lain teragak-agak,
kau tetap tegas dan lembut,
membuat aku tak penat,
untuk berlapang dada saat ditegur.
Indah bukan.
Indah itu semua pergi perlahan-lahan,
seperti surutnya banjir dimusim kentujuh,
meninggalkan lumpur mencalit jalan.
Lumpur itu menjadi kenangan...
Aku mencari wajahmu,
dari jauh kulihat dikau,
ingin ku dekati, tapi hati tak sampai,
ingin ku jerit tapi suara tak dengar,
Akhirnya aku memerhati dari kejauhan,
Ah, kakak itu, langkahmu masih seperti dulu.
Tiba-tiba aku tersedar,
Sudah berbulan tak ku beri senyum padamu,
sudah berbulan tak ku lihat senyummu,
sudah berbulan tak ku dengar suaramu,
sudah berbulan tak ku dengar lunak saat kau mengaji,
sudah berbulan tak ku lihat keletahmu,
sudah berbulan tak ku beri salam padamu,
sudah berbulan tak ku dakap dirimu.
Hingga sekarang mungkin tertanya,
kenapa aku begini akhirnya,
tak cukupkah, tak puas hatikah?
Akhirnya aku menjadi buih-buih dilautan,
yang rapuh,
yang berongga didalam,
yang nampak dari luar,
yang...andai bersatu, tak mungkin dapat mengubah pantai,
tak dapat mencipta sejarah, seperti ombak,
meninggal kesan di pesisir,
merobohkan istana pasir..
Buih-buih itu...tak mampu berbuat apa,
indah dipandang tapi rapuh dipegang.
Akhirnya pecah dan hilang....
Itulah aku...
Yang dulu ku janji tak mahu begitu,
akhirnya begitu...
Tak terluah kepada sesiapa...
termenung saat diri masih diterima,
Tapi... Tuhan masih ada...
kalau tidak dengan rahmatnya, dengan rahimnya.
Melihat metropolitan,
melihat manusia mengejar kebendaan,
aku termenung...
adakah aku sebahagian?
tidak...
aku punya tujuan, punya harapan..
Biarkan Tuhan temukan kita,
tak mahu dikau datang atau aku kesana,
tak mahu berderai air mata,
tak mahu membuat kau juga begitu.
Saat ku terkenangkanmu,
teringin aku baring diribaanmu,
biar tak terluah dukaku,sesalku, kecewaku,
asal kau rasa berat kepalaku,
hangat tubuhku, titis airmata mengalir diribaanmu.
seperti seorang anak kecil yang dirampas patung mainannya,
sedih dan berlari mencari ibunya,
memeluk untuk ditenangkan...
begitu juga aku...
Mencari ibu...tapi telah pergi,
mencari ayah...tapi telah pergi.
lalu aku ingin bersandar pada seorang teman...
[Suatu hari, seorang gadis berjalan di tengah kampus, kebingungan, mencari teman. duduk di masjid, lama..menunggu kelibat si dia. Tiada datang. Aku berjalan, keluar mencari di tengah khalayak manusia, agar terserempak dengannya..lama ku tunggu, duduk di bangku..tiada muncul. Aku mungkin tahu dia dimana, kerana aku dulu selalu bertemunya. Akhirnya aku putuskan untuk pulang...dan aku tak ingin lagi datang....]
Warkah ini tanda ingatan,
tapi tak cukup untuk sebuah kemaafan,
tak cukup menjelaskan keadaan,
tapi...
warkah ini...agar kau tahu...
teman yang ku tunggu sepanjang hari itu...
adalah kamu....
Selamat tinggal selamat jalan,
panjang umur berjumpa kemudian,
andai ajal menjemput datang,
moga syurga tempat perjumpaan.

Akanku mencarimu kembali...