Monday, June 27, 2011

Oh Hassan!....

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.


“Pakcik yang membunuhnya, ” kata seorang tua yang berada di situ. “Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati.”

Hassan yang dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidurnya, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher orang tua itu dari badan.

Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan.

Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya. ”

Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas. Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.”


Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.terlewat Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.


Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”


Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.

Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, ” Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat.”


Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat.”


Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata, “Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.”


Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu.

  • Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian.
  • Kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh.
  • Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya.
  • Tuan hakim yang tegas dan adil.
  • Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka.

Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.


Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai...

Thursday, June 23, 2011

Allah Pengampun Segala Dosa...^__^


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]

Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan “

(Riwayat Tirmidzi dan dia berkata: haditsnya hasan shahih).

ya Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun...ampunilah dosa-dosa kami, kami telah banyak lalai daripada mengingatimu...Jangan Kau lalaikan hati kami daripada mengingati-Mu ya Allah...

Maha Pengampun Allah :-

1.

“Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu)

2. Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau.

3. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan “

muhasabah diri...

Tuesday, June 14, 2011

Gereja Kristian Terbesar Di ASIA - Di Bukit Jalil


Assalamualaikum sahabat-sahabat...ingin dikongsikan berita yang ana dapat daripada blog seseorang,
hanya membaca tajuknya saja kita sudah beristighfar...Astaghfirullah...ya Allah selamatkanlah umat ini dairipada fitnah2 Dajjal..
apakah ini negara Islam??makin berjaya rancangan (new world order) mereka...adakah iman kita bersedia menghadapi mereka? hari demi hari mereka masuk menyelinap segala aspek, sehingga mereka akan cuba menapaki dengan teguh dinegara yang penduduknya Islam..untuk memesongkan orang Islam daripada agamanya...

apabila siap dibina, maka banyaklah aktiviti yang akan dijalankan disini sesuai dengan tempatnya...
antaranya konvensyen antarabangsa, serantau dan nasional,Jamuan, seminar, muzikal dan kreatif seni pengeluaran, serta penyediaan pendidikan dan latihan vokasional, dan pembangunan spiritual yang bertujuan untukmembangunkan muda bangsa kita, dan orang-orang dari segala usia dan dari semualapisan masyarakat menjadi warga negara yang berguna dan teladan dari Malaysia. Betapa dahsyatnya fitnah mereka ini...

Bila siap nanti,gereja ini akan jadi 6 lantai multiplex (ana tidak pasti macam mana), ada sebuah auditorium dengan 5,000 kerusi juga yang kononnya untuk meningkatkan konvensyen dan keperluan pendidikan..Lihatlah perancangan mereka dalam mengatur strategi menghancurkan umat ISLAM...




LOKASI


ya, memang kita akan rasa geram, nak marah dan sebagainya selepas melihat gambar2 diatas...tetapi jangan hanya marah jika kita sendiri belum mengamalkan Islam dengan sebetulnya..tidak solat, puasa tidak, buka aurat, dan berbagai maksiat yang kita lakukan, akhlaq islam rosak, buang anak, dan kebanyakan melibatkan orang Islam sendiri...seolah2 kita sendiri menyediakan diri untuk menyambut dajjal...dimanakah Islam dalam dirimu umat Muhmmad..tersangat sedih Nabi jika melihat keadaan umatnya sekarang...ya Allah ampunilah kami...
Marilah sahabat-sahabat kita kembali kepada agama fitrah.ISLAM..kehidupan didunia hanya sementara, hanya tempat singgah sebentar...harus meneruskan perjalanan kesana..hanya ada dua pilihan..SYURGA atau NERAKA..tidak ada ditengah...

Pada Mu ya Allah, kami mohon moga petunjuk dan hidayah MU. Bimbinglah kami ke jalan yg Engkau Redhai. Tetapkan hati kami dan jgn Kau bolak balikkan hti kami setelah Engkau memberi petunjuk kpd kami. Amin ya Rabbal Alamin.....

Warkah BuatKu...



warkah daripada seorang sahabat...

Seiring waktu berjalan,
tangis tawa di wajahku,
hitam putih di hidupku
Engkau lah saksiku.
Tiada satu tersembunyi,
tiada satu tak terlihat,
segala apa yang terjadi,
Engkau lah saksiku.
Seperti semilir angin mengelus lembut pipiku,
di saat air mata menitis laju disuatu sudut masjid,
aku bersandar sambil memeluk lututku,
membenam kepala dipelukan sendiri.
Saat itu hadir dirimu,
memegang bahuku,
memujuk hatiku,dukaku, putus asaku,
Aku...tenang kembali.
Memeluk tubuhmu penuh erat,
itulah rasa hatiku,
ingin memelukmu sepenuh hati,
dengan tubuh kecilmu,
ku harap kau rasai.
Kau teguri aku seperti seorang kakak,
Di saat yang lain teragak-agak,
kau tetap tegas dan lembut,
membuat aku tak penat,
untuk berlapang dada saat ditegur.
Indah bukan.
Indah itu semua pergi perlahan-lahan,
seperti surutnya banjir dimusim kentujuh,
meninggalkan lumpur mencalit jalan.
Lumpur itu menjadi kenangan...
Aku mencari wajahmu,
dari jauh kulihat dikau,
ingin ku dekati, tapi hati tak sampai,
ingin ku jerit tapi suara tak dengar,
Akhirnya aku memerhati dari kejauhan,
Ah, kakak itu, langkahmu masih seperti dulu.
Tiba-tiba aku tersedar,
Sudah berbulan tak ku beri senyum padamu,
sudah berbulan tak ku lihat senyummu,
sudah berbulan tak ku dengar suaramu,
sudah berbulan tak ku dengar lunak saat kau mengaji,
sudah berbulan tak ku lihat keletahmu,
sudah berbulan tak ku beri salam padamu,
sudah berbulan tak ku dakap dirimu.
Hingga sekarang mungkin tertanya,
kenapa aku begini akhirnya,
tak cukupkah, tak puas hatikah?
Akhirnya aku menjadi buih-buih dilautan,
yang rapuh,
yang berongga didalam,
yang nampak dari luar,
yang...andai bersatu, tak mungkin dapat mengubah pantai,
tak dapat mencipta sejarah, seperti ombak,
meninggal kesan di pesisir,
merobohkan istana pasir..
Buih-buih itu...tak mampu berbuat apa,
indah dipandang tapi rapuh dipegang.
Akhirnya pecah dan hilang....
Itulah aku...
Yang dulu ku janji tak mahu begitu,
akhirnya begitu...
Tak terluah kepada sesiapa...
termenung saat diri masih diterima,
Tapi... Tuhan masih ada...
kalau tidak dengan rahmatnya, dengan rahimnya.
Melihat metropolitan,
melihat manusia mengejar kebendaan,
aku termenung...
adakah aku sebahagian?
tidak...
aku punya tujuan, punya harapan..
Biarkan Tuhan temukan kita,
tak mahu dikau datang atau aku kesana,
tak mahu berderai air mata,
tak mahu membuat kau juga begitu.
Saat ku terkenangkanmu,
teringin aku baring diribaanmu,
biar tak terluah dukaku,sesalku, kecewaku,
asal kau rasa berat kepalaku,
hangat tubuhku, titis airmata mengalir diribaanmu.
seperti seorang anak kecil yang dirampas patung mainannya,
sedih dan berlari mencari ibunya,
memeluk untuk ditenangkan...
begitu juga aku...
Mencari ibu...tapi telah pergi,
mencari ayah...tapi telah pergi.
lalu aku ingin bersandar pada seorang teman...
[Suatu hari, seorang gadis berjalan di tengah kampus, kebingungan, mencari teman. duduk di masjid, lama..menunggu kelibat si dia. Tiada datang. Aku berjalan, keluar mencari di tengah khalayak manusia, agar terserempak dengannya..lama ku tunggu, duduk di bangku..tiada muncul. Aku mungkin tahu dia dimana, kerana aku dulu selalu bertemunya. Akhirnya aku putuskan untuk pulang...dan aku tak ingin lagi datang....]
Warkah ini tanda ingatan,
tapi tak cukup untuk sebuah kemaafan,
tak cukup menjelaskan keadaan,
tapi...
warkah ini...agar kau tahu...
teman yang ku tunggu sepanjang hari itu...
adalah kamu....
Selamat tinggal selamat jalan,
panjang umur berjumpa kemudian,
andai ajal menjemput datang,
moga syurga tempat perjumpaan.

Akanku mencarimu kembali...

Friday, June 10, 2011

Dua Hamba Allah

Assalamualaikum teman-teman...=)

insyaAllah ana nak kongsikan satu cerita yang kakak ana ceritakan.tetapi ana kurang ingat sebenarnya..insyaAllah ana ceritakan apa yang ana ingat...harap dapat ambil pengajaran..^_^..

-------------------------------------------------------------------------------------

Al-Kisah dua orang hamba Allah yang bersahabat kerana Allah..rumah mereka jauh antara satu sama lain...nun diseberang sana...hanya wasilah kapal mempertemukan mereka...pada suatu hari, salah seorang daripada sahabat ini tiada wang untuk dibelanjakan..dan ingin meminjam daripada sahabat baiknya..lalu dia pun meminta untuk dipinjamkan wang untuk belanja kerana dia betul-betul tiada wang. pada hari pinjaman dilakukan, si sahabat yang meminjam wang menyatakan..bukankah kalau kita meminjam wang harus ada saksi?lalu apa yang dijawab sahabat yang memberi pinjaman tadi...Allah dan Rasul sebagai saksi..subhanaAllah...ukhuwwah yang bersaksikan Allah..keyakinan terhadap Allah sangat tinggi..maka ditetapkan hari untuk bayaran pulang pinjaman...bersaksikan Allah dan Rasul sebagai saksi...^_^

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sampailah hari yang dijanjikan..si sahabat yang diberi pinjam tunggu di tepi pantai menunggu kapal untuk ke tempat sahabat yang dicintainya...penantian yang begitu lama...daripada pagi sampai petang dia menunggu tetapi tidak kelihatan kapal pada hari itu..

Diseberang sana pula, sahabat yang memberi pinjaman juga tunggu sejak awal pagi samapi ke petang..SubhanaAllah mereka tidak merungut sedikit pun..si sahabat ini bersangka baik dengan sahabatnya...

Akhirnya si sahabat yang diberi pinjam tadi mendapat idea..dan itulah ikhtiyar terakhirnya..dan bersaksikan Allah dan Rasul..dia memasukkan wang tersebut didalam sebuah botol, dan memasukkan didalam sebuah kayu dan besertakan surat untuk sahabat yang dikasihinya...dan hanyutkan ke dalam laut..di dalam hatinya..dia berjanji perlu ditepati, dia yakin kerna berjanji atas nama Allah dan Rasul...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diseberang sana pula..si sahabt ini menanti2..akhirnya ia mahu pulang kerna hari sudah lewat..dia berfikir..tidak seronok jikalau balik dengan tangan kosong begini selepas seharian menunggu..jadi dia pun mengutip kayu yang berada ditepi pantai tersebut untuk dibawa balik...SubhanaAllah..Alahamdulillah..ternyata kayu bukan sebarang kayu..kayu itulah yang dihanyutkan sahabatnya dari seberang...didalam wang dan surat...itulah keyakinan terhadap Allah sangat kuat sehingga tidak pernah berburuk sangka dengan Allah atas apapun terjadi..Nah!..ganjaran untukmu..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada keesokan hari..ada kapal yang berlabuh di perairan itu..lalu si sahabat yang meminjam tidak tertanggung rindu untuk berjumpa sahabatnya, juga ingin memohon kemaafan atas ketidakhadiranya..lalu bertemulah dua hamba Allah yang berkasih kerana Allah..lalu dia memohon ampun dan maaf..DAN..dia memberikan wang yang lain pula sebagai ganti kerna dia khuatir wang itu tidak sampai kepada sahabatnya...ternyata...wang itu sampai dan si sahabatnya menolak untuk menerima duit buat kali keduanya...begitu amanahnya sahabat ini...
-----------------------------------------------------------------------------------------------

BEGITULAH KISAH MEREKA..KISAH KITA PULA BAGAIMANA???

banyak sekali pengajaran yang dapat diambil daripada kisah tadi..KEYAKINAN TERHADAP ALLAH...AMANAH...SABAR..BERUSHA WALAUPUN MUSTAHIL...KEMANISAN IMAN,APABILA SESEORANG MENCINTAI SAHABATNYA KERANA ALLAH...BERBAIKSANGKA DENGAN SAHABATNYA..APATAH LAGI DENGAN ALLAH...

insyaAllah moga kisah yang sedikit dapat memberi kita pengajaran yang banyak..

UHIBBUKUNNAFILLAH....^_^...












Monday, June 6, 2011

Tentang Waktu


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsaia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.