Sunday, January 1, 2012

25….?

 

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum…

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAYI.

A : Anak awak umur berapa ni?…comelnye…

B : Baru dua bulan..

A : o, masih baru..kecil lagi kan..suci daripada dosa…

KANAK2.

A : Berapa umur kakak?

B : Umur kakak 6tahun, kakak dah ngaji tau..cikgu ajar baca kt sekolah hari..awak tak tau cikgu kakak baik…

A: erk..Ok kakak, kakak ngaji elok2 tau, besar nanti jadi macam cikgu kakak…^^,

SEKOLAH MENENGAH.

A: Adik ni umur berapa?

B : O, saya umur 17 tahun..

A: Ambil SPM ye tahun ni?

B : Ahaa.. SPM tahun ni..takut nak exam,

A : takpe, tempoh je..Usha, Doa, Tawakkal..umur adik masih muda..

UNiVERSITI.

A : Awak ni dah umur berapa?

B : Saya dah 21 tahun, kenapa ya?

A : o, belajar di ‘U’ mane?

B : Saya belajar di ‘U’…dot dot…

A : mesti bestkan dah masuk ‘U’?

B : Alhamdulillah……..tapi dah puluhan umur..=)

HABIS ‘U’.

A : Umur awak berapa?

B : 25tahun…kenapa?

A : Dah kahwin ke..?

B : Erkkkkkk………………… apa yang nak dijawab???

 

Begitulah kehidupan kita kan..? tup2 dah masuk tahun baru, umur meningkat..rasa seperti tidak percaya..ingat dulu kecil2 nampak orang yang sekolah menengah/universiti..waaa…besarnya mereka, tetapi apabila kita pula berada di tahap umur itu, rasa seperti..BETUL KE???

tetapi kekadang rasa sedihnya, tidak kisah berapa umur kita meningkat..yang penting APA YANG TELAH AKU BUAT??? sepanjang aku hidup, alhamdulillah saat ini Allah masih meminjamkan lagi kepada kita nyawa…jangan sia-siakan yang baki..berapa umur baki yang tinggal..? Juga tidak tahu, Oleh itu, harus sentiasa bersedia dengan persiapan menuju ke sana…=)…tingkatkan amal, cuba atasi kekurangan.

APA YANG TELAH AKU BUAT UNTUK ISLAM??? insyaAllah lepas ni, jangan lepaskan peluang2 yang kita boleh sumbang untuk Islam…

Perbaiki diri dan seru orang lain ke arah kebaikan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ [٥٩:١٨]

Al-Hasyr : 18. “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Tuesday, November 29, 2011

AYOH BANGUN!!!!

 

sujud2

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t saudara seIslam…^^,

Kring!!!…Tit..Tit…Alarm yang kita set berbunyi ternyata sudah dapat membangunkan.Jam menunjukkan pukul 3pag dinihari Waktu Insan Beriman. Apa yang akan kita lakukan jika menemui saat demikian dikala nyaman dengan selimut, sejuk membukam diri..mata rasa mahu ditutup kembali…

Patutnya mengucap syukur Alhamdulillah..kemudian segera bangun, rapikan tempat tidur, dan mengambil wudhuk untuk solat Qiyamullail…

ATAU…………………………………………..

Mematikan alarm kemudian tidur lagi? sebab masih terlalu awal…tunda sekejap 10-15minit supaya segar nanti…padahal memang kalau ditunda itu, bangun selesai azan subuhlah nampaknya ye…atau begini keadaannya..Pergi bilik air, lepas tu naik semula ke atas katil untuk sambung mimpi tadi yang terputus…atau semakin dengan selimut hangatnya…..

YUP! Let’s Go! Lekas bangun! ya, segera bangun, walaupunmata masih sepet, dan kalau jalan pun terhutung hayang, namun hal itu lebih baik daripada kita menunda dengan alasan masih terlalu awal..

JIKA KITA TIDAK MULAI MEMAKSA DIRI UNTUK BANGUN, MAKA PELUANG UNTUK TIDAK BANGUN DI MALAM-MALAM BERIKUTNYA PUN AKAN SEMAKIN BESAR…..

Paksa diri..insyaAllah..BOLEH!!!

Saidina Umar AlKhattab pernah berkata, “Kalaulah bukan kerana 3 perkara ini, ternyata aku tidak ingin lagi hidup di dunia ini:
1) Puasa pada siang hari yang sangat panas
2) Solat malam pada malam yang sangat dingin
3) Bertemu dengan saudara-saudara seiman, mengambil kata-kata yang baik dari mereka sebagaimana petani memilih tanamannya yang baik."

Wednesday, October 19, 2011

Indahnya Akhlaq Seorang Mukmin

 

Assalamualaikum sahabat-sahabat..

ana ingin kongsikan lirik nasyed Rabbani yang bertajuk :”Adab dan Sopan”

subhanaAllah walaupun ringkas tetapi maknanya sangat mendalam..

muslim-cemerlang1

akhalq baik semua orang suka..hatta sampai kita telah tiada sekalipun manusia akan ingat kebaikan kita..

ingat satu kata-kata yang mengatakan “ kalau nak ambil teladan yang terbaik, ambil mereka yang sudah pergi kerana mereka sudah pasti kita tahu kebaikannya dan penghujung hidupnya..”^^,

niatkan didalam hati kalian semua, insyaAllah akan cuba untuk berubah menjadi manusia yang mulia akhlaqnya, susah untuk mencari seperti itu dizaman sekarang, tetapi tidak mustahil…bermula dari saat ini..diri anda, diri ana..buat baik pada semua orang,jangan memilih..sampaikan Islam pada mereka yang dahagakan.nasihatilah mereka yang perlukan nasihat.insyaAllah.sahabat2, ana juga..^^,

Ingatlah Pesan Junjungan
Amalkan Adab Dan Sopan
Pada Ibu Guru dan Kawan
Moga Hidup Tenang Dan Aman

Buat Baik Berpada Pada
Tabiat Buruk Dijauhkan
Akhlak Baik Semua Suka
Sampai Mati Dalam Ingatan

 Sabarlah Jika Dibenci
Jangan Berdendam Di Hati
Terhadapnya Kita Hormati
Moga Hidup Saling Diberkati

 Janganlah Berdusta
Dan Berkata Nista
Bersabar Sahaja
Jika Kita Dicerca

Janganlah Menghina
Menuduh Menfitnah
Serahkan Kepada Allah
Jika Kita Ditohmah

- - - - - - - - -- - - - - - - - - -  -- -  -- - - - - - - mula sekarang…

Sunday, October 16, 2011

Rindu Mak…^^,


kubur mak
Petang itu, ana keluar dari kampus menuju ke suatu tempat. Tempat program ana di luar kampus. seperti biasa, naik kenderaan awam.^^,

Alhamdulillah setelah menunggu lebih kurang 15 minit bas yang destinasinya ke LRT terdekat menjadi sasaran ana pun datang. Alhamdulillah hidup di kampus banyak mengajar ana berdikari. Apa-apa semua perlu tahu sendiri. Jangan jadi orang yang terbelakang dalam mengetahui apa-apa hal…

Kalau dulu tiap-tiap kali nak keluar kampus mesti minta kebenaran mak..tetapi lama-lama Alhamdulillah mak dah bagi kepercayaan kepada anaknya..tiap-tiap minggu mesti kena ‘call’ mak, kalau tak ‘call’ hanya Allah sahaja yang tahu perasaan mak sangat risaukan anaknya, ana anak perempuan pertama yang belajar jauh-jauh berbanding 6 adik-beradik perempuan yang lain. Sayang mak.

Ingat mula-mula dapat tawaran masuk ‘u’ yang diidam, sangat-sangat gembira. Dan orang yang paling gembira adalah makayah, Nampak jelas sinar gembira diwajah mereka. Tambahan anak pertama daripada keluarga yang dapat masuk ‘u’. Kakak-kakak dan abang-abang tak sempat untuk melanjutkan pengajian hingga ke peringkat tinggi disebabkan masalah kewangan. Tetapi itu dulu,sekarang ekonomi semakin stabil sikit. Alhamdulillah.

Hari 1st nak pergi ‘u’ sangat sebak, mana taknya, tinggal dirumah sangat lama. Terbayang makayah yang akan ditinggalkan. Alahai sakinah, pergi belajar ni kan satu jihad juga, kenapa perlu sedih..?Betul juga ya..kenapa pula perlu sedih. Tetapi biasalah tu, kali pertama berpisah dengan makayah jauh-jauh. Bukan anak manja, Cuma terbayangkan kesusahan makayah sewaktu ketiadaan ana.huhu~. Makayah teman hantarkan ana ke ‘u’.

Selepas pulang, mak jatuh sakit. Ya Allah…ujian untuk hamba-Mu. Mak terbaring ditempat tidur.badan mak semakin kurus.Waktu itu ana juga baru join halaqah. Ana kongsikan dengan kakak naqibah ana. Katanya “ ini ujian Allah untuk hamba-Nya, perlu lihat orang yang lebih susah lagi”, kebetulan waktu itu. Ibu pada sahabat kakak naqibah ana baru meninggal. Alhamdulillah sedikit terubat walau airmata tidak mampu untuk ana hentikan. Ana tak kuat orangnya, mudah menangis. Waktu sekolah menengah dulu, kena tegur dengan ustaz sikit dah menangis, orang lain cakap suara tinggi sikit sekejap saja, banjir melimpah di kelopak mata. Aduhai sensitifnya hatiku tak bertempat..(- , -‘)
Alhamdulillah selepas sebulan lebih, mak kembali pulih. Gembira sangat hati ana. ..

Pernah suatu ketika, masa tahun1 kalau tak silap. Pernah terlintas didalam hati kecil, bagaiman jika mak ‘pergi’ waktu ana masih belajar? Ana tak dapat nak bayangkan waktu itu..sedihnya..tak nak berpisah dengan mak. Rasa belum terbalas budimu mak…ana tak nak, ana tak nak...
Tetapi Allah Maha Mengetahui, Dialah Pemilik Nyawa setiap makhluq dimuka bumi ini. Siapalah kita untuk menidakkan.

Semasa tahun ke-2 di ‘u’, mak ana jatuh sakit sekali lagi. Ujian kali kedua untukku..umur ana dalam tarbiyah waktu semakin matang. insyaAllah..ana ingat sakit seperti biasa sebelum ni, mak asyik demam, tak selera makan. Bertambah semakin kurus. Selama sebukan mak ana sakit. .

Selepas kelas hari itu, ana pergi lab, online. Kebetulan abang ana yang belajar di Syria tengah online. Dia ‘chat’ dengan ana. Pertama soalannya, balik tak? Mak tenat..terus badanku merasakan sesuatu, alhamdulillah ana control perasaan ana. Ana berbincang dengan kakak naqibah ana. Rupanya maknya juga baru jatuh sakit. Jadi….kami berdua pulang ke kampong masing-masing.
Ana sampai dirumah petang dalam sebelum Asar. Ana masih tersenyum sebelum melangkah kedalam rumah. Eh, ramainya orang dalam rumah…dada berdebar. Mak!!!...

Mak dah tak kenal kami waktu itu, mak hanya kenal ayah sahaja. Ana melihat abang ana disebelah mak menangis teresak-esak sambil meminta ampun dengan atas segala dosa. Ana terkedu seketika….Adik ana yang waktu itu ada yang masih sekolah menengah, matrik dan kolej. Yang dari kolej dalam perjalanan pulang. Yang dari matrik tidak ada tiket untuk balik hari tersebut. Dan seorang lagi (adik)di sekolah menengah kaka kana tolong ambilkan. Mak sebut “ mana adik,mana adik?”

Apabila adik pulang, terus dia mendekati mak. Dialah anak yang paling manja,maklumlah anak bongsu. Mata adik merah. Ana berada dipangkuan mak sejak pulang, mulut tidak henti membaca syahadah dan membaca surah Yasin.. Hanya berpisah untuk solat sahaja…abang ana di Syria yang telah belajar disana 5tahun dapat tiket penerbangan yang paling awal esok malam…

Ana tak tahan melihat wajah mak yang dalam sakaratulmaut.. . Mak, apapun kami tetap akan berdoa untuk mak, ampunkan dosa-dosa kami mak, sangat banyak kesalahan yang kami lakukan terhadap mak, rasa seperti sedikit menyesal tidak dapat berbakti kepada mak, kami selalu menyakiti hati mak, ampunkan dosa-dosa kami mak…Kalaulah mak dapat memahamai waktu itu..tetapi mak sudah tidak mengenali anaknya saat itu..

Tepat jam 3.20 petang, mak ana menghembuskan nafas yang terakhir. Ya Allah…ana cuba kuatkan hati. Nampak merah mata kakak dan abang ana. Tetapi ada satu susuk tubuh yang sangat cekal dan sepanjang seumur hidup ana, ana tidak pernah melihat dia menitiskan airmata. Ayah…sangat cekal hatinya, isteri yang hidup selam 30 tahun lebih bersamanya baru pergi sebentar tadi…

Adik ana dari matrik tidak sempat melihat mak, pulang hanya melihat jenazah mak. Terkulai adik ditepi ana. “ Semua orang perlu mati, Cuma mak perlu dulu..yang penting sekarang kita berdoa untuk mak banyak-banyak” itulah kata-kata ana sebagai penguat diri dan adik-adik sambil duduk ditepi jenazah mak..
Waktu saat yang sangat sedih, kami perlu tabah hati. Orang beriman tidak mudah lemah!ya betul. Alhamdulillah, sejak ana masuk tarbiyah,jiwa ana lebih tahan sedikit. Kami bahagikan membaca Al-Quran seorang duajuz. Alhamdulillah ana tabahkan hati, ana cuba untuk menangkap gambar mak sejak mak sakit, sehingga mak meningal, dikafan, sehingga dimasukkan ke dalam keranda. Mak ana dikebumikan diwaktu malam…kami hanya melihat jenazah mak dibawa pergi…” Mak, moga kita bertemu di syurga, ya Allah tempatkan mak ditempat orang –orang yang beriman”Al-Fatihah.~

Keesokkan malam, ramai orang kampung mengunjungi rumah ana, rasa sangat bermasyarakat. “Assalamualaikum”..abang ana dari Syria dah pun sampai. Abang masuk ke dalam rumah. Tahu apa yang terjadi??? Ayah ana yang selama ini tidak pernah ana lihat tumpahkan airmata, walaupun mak meninggal ayah masih seorang yang tahan, tetapi tidak tertahan melihat anaknya yang sudah lima tahun tidak bertemu dengan harapan berjumpa dengan mak tetapi tidak kesampaian. Ayah menangis, kali pertama dalam sejarah hidup ana melihat ayah menangis. Kami sekeluarga menangis kerana melihat ayah menangis. .:’(

Selepas beberapa hari di kampong, ana bertolak ke kampus semula. Dan selepas empat hari, ana pula jatuh sakit. Demam selama seminggu lebih. Dan berada di hospital selama seminggu lebih. Doctor tidak dapat mengesan penyakitku pada permulaan…disangkanya denggi, sekejap H1N1,..akhirnya dapat tahu paru-paru ana dijangkiti kuman..alhamdulillah .hanya sekejap sahaja ana kembali pulih. Sahabat-sahabat tarbiyah ana yang banyak mendorong, menjaga ana ketika sakit, tidur bersama ana di hospital walapun hanya berbantal beg dan tidur di atas kerusi. Merekalah sahabat dunia akhirat ana. Ana sayang mereka…Terima kasih sahabat-sahabat ana yang menemani ana ketika ana amat memerlukan…^^,

Setahun setengah berlalu kenangan-kenangan itu…berbalik kepada ana menaiki bas menuju ke tempat program. Turun bas ambiil LRT. Dada ana kembali mengimbas kenangan-kenangan mak ana apabila terlihat seorang makcik duduk dihadapan ana. Mukanya….macam mak..teringin nak bersalam dengan makcik itu. Airmata bercucuran, kenapa ni..janganlah begini..tahan-tahan, jangan sedih. Tapi airmata nak keluar juga. Degil dia..apa boleh buat. Mata ana semakin merah….cepat-cepatlah sampai ke destinasi supaya hatiku tidak dilanda kesedihan..rindu mak…

Sesungguhnya tiap-tiap yang hidup pasti akan mati! Tetapi belum tahu ajalnya melainkan semuanya di tangan Allah tertulis…doa anak yang soleh itu sebagai bekalan.

Berbaktilah terhadap ibuayah selama mereka masih hidup, jangan buat perkara-perkara yang boleh menyakiti hati mereka, jagalah perlakuan selaku anak yang soleh. Jagalah perasaan mereka, ibuayah walaupun terasa hati dengan anak-anak, mereka cuba untuk elakkan daripada anaknya tahu. Jadi, tanggungjawab kita menjaga setiap tuturkata dan perlakuan sebagai anak..

Hati ana sekarang semakin tahan Alhamdulillah, maksudnya kurang sensitive tidak bertempat. Ana cuba untuk tidak sedih jika dimarahi. Mereka yang dikeliling ana diutuskan untuk ana berubah menjadi mukmin sejati, yang sentiasa kuat mental. Tidak mudah lemah…banyak pula cerita tentang ana dalam entri kali ni..

Jom lepas ni fikir masalah umat pula..macam mana nak selesaikan..baru jiwa tidak sedih dengan masalah-masalah sendiri..^^,

Thursday, October 13, 2011

Hakikat Kejayaan Sebagai Muslim

 

Ramai yang menyangka “berjaya” itu apabila berjaya dalam hidupnya

berjaya bagaimanakah yang dimaksudkan?

gemilang dalam kerjaya?

punya harta banyak?

punya anak ramai?

dapat masuk universiti?

dapat pangkat besar?

dapat yang terbaik dalam ‘exam’?

tetapi……………………………………………………………………………………………………………………….

bagaimana untuk kejayaan akhirat?

adakah hidupnya tenang dan tenteram?

pernahkah dia terfikir bagaimana kehidupannya di akhirat kelak?

penyesalan akan terjadi saat itu…

belum terlambat untuk kembali…

carilah cinta Allah..

akan engkau menemui

kejayaan yang sebenar…

dimata Allah…

barangsiapa mahu dunia, maka hendaklah juga dengan ilmu

barangsiapa mahu akhirat, maka hendaklah juga dengan ilmu

maka barangsiapa yang mahu keduanya, maka hendaklah juga dengan ilmu…

sama-sama kita muhasabah diri kita

adakah tergolong mereka yang “Berjaya”?……?

Saturday, October 1, 2011

~ Interaksi dengan Al-Quran ~


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah. Sudah lama jari ini tidak melantun di atas papan keyboard untuk menyampaikan sesuatu dalam blog.alhamdulillah. kali ini berkesempatan. ~
Bagaimana bacaan Al-Quran kita hari ini? Menusuk kalbu ngak? Bagaimana pengaruh Al-Quran kepada kita, dan bagaimana ia mampu mengubah jiwa serta menyinari dan membimbing ke jalan yang lurus.  Dan ingatlah bahawa dengan membaca Al-Quran itu akan menambahkan keimanan kita kepada Allah.
 ~ INDAHNYA MEMAHAMI AL-QURAN ~

 Ketika hidup dirasakan serba salah,
Ketika hati tidak merasa tenteram,
Ketika pilihan tidak menemu solusi,
Ketika hati hiba,

Bacalah Al-Quran, menangislah tatkala membacanya, insafilah tatkala membaca maknanya. Tatkala itu kita akan menemukan jawapan dengan membacanya sepenuh hati.. ~
 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allahgementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” Al-Anfal:2

Andai orang yang membaca Al-Quran menghargai Allah dengan sebenar-benar, dan takut sebenar-benar takut kepada-Nya, tentu akan terpengaruh dengan Al-Quran dan gementarlah kulitnya saat membacanya atau mendengarkan Al-Quran.

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang ,gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpin pun.”Az-Zumar : 23

“Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” Al-Hasyr : 21

Andai kita perbaiki hubungan dengan satu ayat sahaja dari Kitabullah tentu pengaruhnya akan mengalir dan ,menggerakkan perasaan serta menyinari hati seperti arus elektrik ketika dinyalakan dan memunculkan kekuatan yang luar biasa. Namun apabila dibiarkan, maka tidak ada aliran dan tidak ada pengaruh yang timbul.Kita punya misi di dunia ini,

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” Adz-Dzariyat : 56

Kita berlindung dengan Allah saat mendapat ujian, kita bersyukur kepada-Nya atas nikmat-nikmat yang diberikan dan atas segalanya. Allah memperingatkan kita supaya tidak putus asa dengan rahmat Allah. Kita memerlukan ketenangan, ketenteraman dan optimis dengan Allah.

“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Az-Zumar:53

Sebaik-baik penolong dan sebaik-baik bekal kita dalam perjalanan di dunia ini adalah Al-Quran. Didalamnya rahsia kekuatan yang perlu untuk digali.Sama-sama kita muhasabah ~.




Video ini untuk last Ramadhan.tetapi banyak pengajaran yang kita boleh ambil...

Monday, July 11, 2011

Kematian Itu Pasti Tetapi Waktunya Belum Pasti


Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Apa khabar hari ini?mungkin sahaja ada yang sihat, sakit. Dan mungkin juga ada yang sihat tubuh badannya tetapi dalamannya sakit, dan mungkin juga ada yang sakit tubuh badannya tetapi dalamnnya sihat, ada pula yang sakit dua-dua dan ada juga yang sihat dua-dua. Alhamdulillah ala kulli hal. Apapun Allah masih memberi peluang untuk kita memperbaiki segala keadaan yang mana boleh diperbaiki. Sebelum malaikat Izrail datang mencabut nyawa...


Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya (QS.50:19)

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya, kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.’” (TQS. Al-Jumu’ah : 08 )

“Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (QS. Al-Anbiyaa’: 34-35)

Bersiapkah kita untuk menghadapinya?.....
bercita-citalah untuk kematian yang paling mulia disisi Allah.

Dalam alQuran sendiri Allah telah mengingatkan kita sejak sekian lama melalui firmannya:

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”- Al Munaafiquun: 11


Perjalanan terasa jauh, tetapi belum tentu sampai ke penghujung. Tetapi apa yang dimahu walaupun tidak sampai ke hujung tetapi kita telah berbuat sesuatu. Ya!, telah berbuat sesuatu sebagai bekalan untuk ke sana...PERBAIKI DIRI, SERU UMMAT KE JALAN ALLAH...
----------------------------------------------------------------------------------------- ^^,

Mudah-mudahan kita masih diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan yang tidak sampai sebulan lagi.

Do’a keberkahan di bulan Rajab dan Sya'ban. Bila memasuki bulan Rajab, Nabi saw. mengucapkan, “Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana. “Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”

Abdullah bin Umar radhiallahu’anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah SAW lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah : “Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?” Jawab Rasulullah SAW : “Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.”

Kemudian lelaki itu bertanya lagi : “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?” Jawab Nabi SAW : “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk menghadapai mati.”

p/s- peringatan untuk diri dan semua...