Sunday, October 16, 2011

Rindu Mak…^^,


kubur mak
Petang itu, ana keluar dari kampus menuju ke suatu tempat. Tempat program ana di luar kampus. seperti biasa, naik kenderaan awam.^^,

Alhamdulillah setelah menunggu lebih kurang 15 minit bas yang destinasinya ke LRT terdekat menjadi sasaran ana pun datang. Alhamdulillah hidup di kampus banyak mengajar ana berdikari. Apa-apa semua perlu tahu sendiri. Jangan jadi orang yang terbelakang dalam mengetahui apa-apa hal…

Kalau dulu tiap-tiap kali nak keluar kampus mesti minta kebenaran mak..tetapi lama-lama Alhamdulillah mak dah bagi kepercayaan kepada anaknya..tiap-tiap minggu mesti kena ‘call’ mak, kalau tak ‘call’ hanya Allah sahaja yang tahu perasaan mak sangat risaukan anaknya, ana anak perempuan pertama yang belajar jauh-jauh berbanding 6 adik-beradik perempuan yang lain. Sayang mak.

Ingat mula-mula dapat tawaran masuk ‘u’ yang diidam, sangat-sangat gembira. Dan orang yang paling gembira adalah makayah, Nampak jelas sinar gembira diwajah mereka. Tambahan anak pertama daripada keluarga yang dapat masuk ‘u’. Kakak-kakak dan abang-abang tak sempat untuk melanjutkan pengajian hingga ke peringkat tinggi disebabkan masalah kewangan. Tetapi itu dulu,sekarang ekonomi semakin stabil sikit. Alhamdulillah.

Hari 1st nak pergi ‘u’ sangat sebak, mana taknya, tinggal dirumah sangat lama. Terbayang makayah yang akan ditinggalkan. Alahai sakinah, pergi belajar ni kan satu jihad juga, kenapa perlu sedih..?Betul juga ya..kenapa pula perlu sedih. Tetapi biasalah tu, kali pertama berpisah dengan makayah jauh-jauh. Bukan anak manja, Cuma terbayangkan kesusahan makayah sewaktu ketiadaan ana.huhu~. Makayah teman hantarkan ana ke ‘u’.

Selepas pulang, mak jatuh sakit. Ya Allah…ujian untuk hamba-Mu. Mak terbaring ditempat tidur.badan mak semakin kurus.Waktu itu ana juga baru join halaqah. Ana kongsikan dengan kakak naqibah ana. Katanya “ ini ujian Allah untuk hamba-Nya, perlu lihat orang yang lebih susah lagi”, kebetulan waktu itu. Ibu pada sahabat kakak naqibah ana baru meninggal. Alhamdulillah sedikit terubat walau airmata tidak mampu untuk ana hentikan. Ana tak kuat orangnya, mudah menangis. Waktu sekolah menengah dulu, kena tegur dengan ustaz sikit dah menangis, orang lain cakap suara tinggi sikit sekejap saja, banjir melimpah di kelopak mata. Aduhai sensitifnya hatiku tak bertempat..(- , -‘)
Alhamdulillah selepas sebulan lebih, mak kembali pulih. Gembira sangat hati ana. ..

Pernah suatu ketika, masa tahun1 kalau tak silap. Pernah terlintas didalam hati kecil, bagaiman jika mak ‘pergi’ waktu ana masih belajar? Ana tak dapat nak bayangkan waktu itu..sedihnya..tak nak berpisah dengan mak. Rasa belum terbalas budimu mak…ana tak nak, ana tak nak...
Tetapi Allah Maha Mengetahui, Dialah Pemilik Nyawa setiap makhluq dimuka bumi ini. Siapalah kita untuk menidakkan.

Semasa tahun ke-2 di ‘u’, mak ana jatuh sakit sekali lagi. Ujian kali kedua untukku..umur ana dalam tarbiyah waktu semakin matang. insyaAllah..ana ingat sakit seperti biasa sebelum ni, mak asyik demam, tak selera makan. Bertambah semakin kurus. Selama sebukan mak ana sakit. .

Selepas kelas hari itu, ana pergi lab, online. Kebetulan abang ana yang belajar di Syria tengah online. Dia ‘chat’ dengan ana. Pertama soalannya, balik tak? Mak tenat..terus badanku merasakan sesuatu, alhamdulillah ana control perasaan ana. Ana berbincang dengan kakak naqibah ana. Rupanya maknya juga baru jatuh sakit. Jadi….kami berdua pulang ke kampong masing-masing.
Ana sampai dirumah petang dalam sebelum Asar. Ana masih tersenyum sebelum melangkah kedalam rumah. Eh, ramainya orang dalam rumah…dada berdebar. Mak!!!...

Mak dah tak kenal kami waktu itu, mak hanya kenal ayah sahaja. Ana melihat abang ana disebelah mak menangis teresak-esak sambil meminta ampun dengan atas segala dosa. Ana terkedu seketika….Adik ana yang waktu itu ada yang masih sekolah menengah, matrik dan kolej. Yang dari kolej dalam perjalanan pulang. Yang dari matrik tidak ada tiket untuk balik hari tersebut. Dan seorang lagi (adik)di sekolah menengah kaka kana tolong ambilkan. Mak sebut “ mana adik,mana adik?”

Apabila adik pulang, terus dia mendekati mak. Dialah anak yang paling manja,maklumlah anak bongsu. Mata adik merah. Ana berada dipangkuan mak sejak pulang, mulut tidak henti membaca syahadah dan membaca surah Yasin.. Hanya berpisah untuk solat sahaja…abang ana di Syria yang telah belajar disana 5tahun dapat tiket penerbangan yang paling awal esok malam…

Ana tak tahan melihat wajah mak yang dalam sakaratulmaut.. . Mak, apapun kami tetap akan berdoa untuk mak, ampunkan dosa-dosa kami mak, sangat banyak kesalahan yang kami lakukan terhadap mak, rasa seperti sedikit menyesal tidak dapat berbakti kepada mak, kami selalu menyakiti hati mak, ampunkan dosa-dosa kami mak…Kalaulah mak dapat memahamai waktu itu..tetapi mak sudah tidak mengenali anaknya saat itu..

Tepat jam 3.20 petang, mak ana menghembuskan nafas yang terakhir. Ya Allah…ana cuba kuatkan hati. Nampak merah mata kakak dan abang ana. Tetapi ada satu susuk tubuh yang sangat cekal dan sepanjang seumur hidup ana, ana tidak pernah melihat dia menitiskan airmata. Ayah…sangat cekal hatinya, isteri yang hidup selam 30 tahun lebih bersamanya baru pergi sebentar tadi…

Adik ana dari matrik tidak sempat melihat mak, pulang hanya melihat jenazah mak. Terkulai adik ditepi ana. “ Semua orang perlu mati, Cuma mak perlu dulu..yang penting sekarang kita berdoa untuk mak banyak-banyak” itulah kata-kata ana sebagai penguat diri dan adik-adik sambil duduk ditepi jenazah mak..
Waktu saat yang sangat sedih, kami perlu tabah hati. Orang beriman tidak mudah lemah!ya betul. Alhamdulillah, sejak ana masuk tarbiyah,jiwa ana lebih tahan sedikit. Kami bahagikan membaca Al-Quran seorang duajuz. Alhamdulillah ana tabahkan hati, ana cuba untuk menangkap gambar mak sejak mak sakit, sehingga mak meningal, dikafan, sehingga dimasukkan ke dalam keranda. Mak ana dikebumikan diwaktu malam…kami hanya melihat jenazah mak dibawa pergi…” Mak, moga kita bertemu di syurga, ya Allah tempatkan mak ditempat orang –orang yang beriman”Al-Fatihah.~

Keesokkan malam, ramai orang kampung mengunjungi rumah ana, rasa sangat bermasyarakat. “Assalamualaikum”..abang ana dari Syria dah pun sampai. Abang masuk ke dalam rumah. Tahu apa yang terjadi??? Ayah ana yang selama ini tidak pernah ana lihat tumpahkan airmata, walaupun mak meninggal ayah masih seorang yang tahan, tetapi tidak tertahan melihat anaknya yang sudah lima tahun tidak bertemu dengan harapan berjumpa dengan mak tetapi tidak kesampaian. Ayah menangis, kali pertama dalam sejarah hidup ana melihat ayah menangis. Kami sekeluarga menangis kerana melihat ayah menangis. .:’(

Selepas beberapa hari di kampong, ana bertolak ke kampus semula. Dan selepas empat hari, ana pula jatuh sakit. Demam selama seminggu lebih. Dan berada di hospital selama seminggu lebih. Doctor tidak dapat mengesan penyakitku pada permulaan…disangkanya denggi, sekejap H1N1,..akhirnya dapat tahu paru-paru ana dijangkiti kuman..alhamdulillah .hanya sekejap sahaja ana kembali pulih. Sahabat-sahabat tarbiyah ana yang banyak mendorong, menjaga ana ketika sakit, tidur bersama ana di hospital walapun hanya berbantal beg dan tidur di atas kerusi. Merekalah sahabat dunia akhirat ana. Ana sayang mereka…Terima kasih sahabat-sahabat ana yang menemani ana ketika ana amat memerlukan…^^,

Setahun setengah berlalu kenangan-kenangan itu…berbalik kepada ana menaiki bas menuju ke tempat program. Turun bas ambiil LRT. Dada ana kembali mengimbas kenangan-kenangan mak ana apabila terlihat seorang makcik duduk dihadapan ana. Mukanya….macam mak..teringin nak bersalam dengan makcik itu. Airmata bercucuran, kenapa ni..janganlah begini..tahan-tahan, jangan sedih. Tapi airmata nak keluar juga. Degil dia..apa boleh buat. Mata ana semakin merah….cepat-cepatlah sampai ke destinasi supaya hatiku tidak dilanda kesedihan..rindu mak…

Sesungguhnya tiap-tiap yang hidup pasti akan mati! Tetapi belum tahu ajalnya melainkan semuanya di tangan Allah tertulis…doa anak yang soleh itu sebagai bekalan.

Berbaktilah terhadap ibuayah selama mereka masih hidup, jangan buat perkara-perkara yang boleh menyakiti hati mereka, jagalah perlakuan selaku anak yang soleh. Jagalah perasaan mereka, ibuayah walaupun terasa hati dengan anak-anak, mereka cuba untuk elakkan daripada anaknya tahu. Jadi, tanggungjawab kita menjaga setiap tuturkata dan perlakuan sebagai anak..

Hati ana sekarang semakin tahan Alhamdulillah, maksudnya kurang sensitive tidak bertempat. Ana cuba untuk tidak sedih jika dimarahi. Mereka yang dikeliling ana diutuskan untuk ana berubah menjadi mukmin sejati, yang sentiasa kuat mental. Tidak mudah lemah…banyak pula cerita tentang ana dalam entri kali ni..

Jom lepas ni fikir masalah umat pula..macam mana nak selesaikan..baru jiwa tidak sedih dengan masalah-masalah sendiri..^^,

6 comments:

Syaheera My said...

Subhanallah..
cekalnya hati mu ukhti..
berjujuran air mata ini membaca kisah yg benar n lahir dr hatimu..
semoga Allah menempatkan ibu ukhti di kalangan org2 yg beriman..amin.

~heRna~ said...

Semoga Allah menempatkan mak kak Kinah di syurga..Renungan dan muhasabah untuk diri ini yang masih mempunyai mak ayah..Apa yang telah dilakukan untuk membimbing mereka? Apa yang telah dilakukan untuk membalas jasa mereka?

Perkongsian yang sangat berharga..yang membasahi sang hati..
Jzkk..

Ketenangan Hati said...

jazakunnaAllah sahabat2...ameen..^^,
berbuat baiklah pada mereka selagi mereka masih ada...

ana sayang semua orang insyaAllah..

sya-hi-da said...

kak kinah,

moga selalu cekal. sebab, kak kinah memang cekal. tetibe ingat mak bile baca post ni. :(

nurjamilah abdul hamid said...

k.nah..Allah ambik blik hak Dia..kita kna kuat..kmi kdg2 sdih tgk org lain bsalam ngn mak dpa..

Ketenangan Hati said...

xpa lah, kita kena jadi anak yang baik, doa untuk mak..insyaAllah kita doa2 banyak moga bertemu mak di sana...