Monday, July 11, 2011

Kematian Itu Pasti Tetapi Waktunya Belum Pasti


Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Apa khabar hari ini?mungkin sahaja ada yang sihat, sakit. Dan mungkin juga ada yang sihat tubuh badannya tetapi dalamannya sakit, dan mungkin juga ada yang sakit tubuh badannya tetapi dalamnnya sihat, ada pula yang sakit dua-dua dan ada juga yang sihat dua-dua. Alhamdulillah ala kulli hal. Apapun Allah masih memberi peluang untuk kita memperbaiki segala keadaan yang mana boleh diperbaiki. Sebelum malaikat Izrail datang mencabut nyawa...


Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya (QS.50:19)

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya, kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.’” (TQS. Al-Jumu’ah : 08 )

“Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (QS. Al-Anbiyaa’: 34-35)

Bersiapkah kita untuk menghadapinya?.....
bercita-citalah untuk kematian yang paling mulia disisi Allah.

Dalam alQuran sendiri Allah telah mengingatkan kita sejak sekian lama melalui firmannya:

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”- Al Munaafiquun: 11


Perjalanan terasa jauh, tetapi belum tentu sampai ke penghujung. Tetapi apa yang dimahu walaupun tidak sampai ke hujung tetapi kita telah berbuat sesuatu. Ya!, telah berbuat sesuatu sebagai bekalan untuk ke sana...PERBAIKI DIRI, SERU UMMAT KE JALAN ALLAH...
----------------------------------------------------------------------------------------- ^^,

Mudah-mudahan kita masih diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan yang tidak sampai sebulan lagi.

Do’a keberkahan di bulan Rajab dan Sya'ban. Bila memasuki bulan Rajab, Nabi saw. mengucapkan, “Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana. “Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”

Abdullah bin Umar radhiallahu’anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah SAW lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah : “Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?” Jawab Rasulullah SAW : “Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.”

Kemudian lelaki itu bertanya lagi : “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?” Jawab Nabi SAW : “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk menghadapai mati.”

p/s- peringatan untuk diri dan semua...

4 comments:

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Salam'alaik dinda yg dikasihi :-)

Suke akak baca tentang kematian ni, mampu mendatangkan kesedaran dan keinsafan.

syukran^^..teruskan tintamu dinda, moga ALLAH berkati :-)

ingat daku dalam doamu^^

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Pertama kalinya saya di sini.

Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati.

Allah berfirman, “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” [QS. 62:8]

Unknown said...

waa'laikumsalam.ahlan ya ustaz.
ya, mengingati kematian sangat menginsafkan diri.dunia tak selamanya.hanya sebagai ladang untuk kita beramal.tempat berteduh sementara.jazakaAllah ustaz berkongsi ayat di atas untuk peringatan bersama.

Syahida _Masri said...

MasyaAllah, tersenyum saya singgah blog ni.

Ye, kematian bakal menjemput kita bilabila masa. Ntah amalan ni cukup ke tidak.

Btw, laguu cukup sayu nak buat saya menagis T___T